Tidak ada paksaan

Tokong Sayur hanya nama  yang diguna supaya senang  faham oleh kaum lain.
Perayaan Jay atau Perayaan Vegetarian 

bermula dari bulan kesembilan hari pertama
(kalender agro )
hingga 
bulan kesembilan hari kesembilan

disambut  Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand Selatan oleh komuniti Peranakan.



Selain makan makanan tulen, peserta perayaan mesti mengekalkan fikiran yang suci dan memakai pakaian putih sebagai simbol kesucian. Peserta juga mengekang diri daripada seks, alkohol dan bahan perangsang sepanjang tempoh perayaan.



Suasana seperti karnival menyelimuti kuil sepanjang sembilan hari perayaan. Sepanjang tempoh ini, dentingan loceng doa dan alunan nyanyian daripada pendeta kuil atau medium sentiasa kedengaran. Kebanyakan penyembah tinggal di kuil, makan makanan vegetarian, mengekalkan pantang larang, dan membaca mantera doa tanpa henti. Diyakini bahawa sepanjang sembilan hari perayaan akan turun hujan.



Hari kesembilan perayaan adalah kemuncaknya. Perarakan penting yang menarik ribuan penyembah diadakan untuk menghantar Sembilan Maharaja Dewa pulang melalui saluran air.


bulan kesembilan hari kesembilan

tahun ni ada pada 29 october (Rabu)


di Bandar-bandar seluruh Malaysia juga akan 

diadakan Kirab pada waktu malam 


biasanya memula jam pukul  tujuh lebih atau lapan .


kat alor setar .. perbarisan bermula dari Jalan Gangsa dan  akan sampai ke 

Tanjung Chali sebelum tengah malam pukul dua belas.


Tidak ada paksaan, tak ada  tangkapan , tak ada tindakan,  tak ada hukuman keatas sesiapapun, jika umat tidak melaksanakan Penyucian Diri. Segala hanya secara sukarela.

评论

热门博文