Tidak ada paksaan
Tokong Sayur hanya nama yang diguna supaya senang faham oleh kaum lain. Perayaan Jay atau Perayaan Vegetarian bermula dari bulan kesembilan hari pertama (kalender agro ) hingga bulan kesembilan hari kesembilan disambut Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand Selatan oleh komuniti Peranakan. Selain makan makanan tulen, peserta perayaan mesti mengekalkan fikiran yang suci dan memakai pakaian putih sebagai simbol kesucian. Peserta juga mengekang diri daripada seks, alkohol dan bahan perangsang sepanjang tempoh perayaan. Suasana seperti karnival menyelimuti kuil sepanjang sembilan hari perayaan. Sepanjang tempoh ini, dentingan loceng doa dan alunan nyanyian daripada pendeta kuil atau medium sentiasa kedengaran. Kebanyakan penyembah tinggal di kuil, makan makanan vegetarian, mengekalkan pantang larang, dan membaca mantera doa tanpa henti. Diyakini bahawa sepanjang sembilan hari perayaan akan turun hujan. Hari kesembilan perayaan adalah...